Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillah, AllahuAkbar....Salam kasih sayang buat semua, waduh..waduh kawan2 ku...sekali lagi ainna nk nyatakn bahawa cerita yang di kongsi sebagai bahan bacaan ini hanyala sekadar rekaan semata-mata..ingat tu..REKAAN SEMATA-MATA...(~__~)huhu...cite tak abis lg jgn la tanye ainna, ainna pun xtau..nk tengok mood, ainna karang ikut mood..selalu nye time2 ngantuk ainna akan duk depan comp nie ngadap...lpstue..mulala ngarut je, klau kat opis ainna update tue makna nya ngah ngantuk la tue..heheh..tp...skung ni x, segar je cume kehendak nk smbg tue ada, so teruskan jela kejap je nie..lgpun keje yg tinggal tuk hari ni cume checklist evaluation ja.
Sambungan...
Email address Siti Hawa masih ada di dalam address book Adam...sejak di alam U Hawa x pernah menukar atau menutup yahoo account nya. Alhamdulillah, mungkin itu sudah suratan yang Allah tentukan. Adam menceritakan segala-gala nya kepada Hawa termasuk la kata hati nya yang sejak dari dulu lg Adam pendam.Kini pabila sudah ada jawatan yang tetap dan sudah mengumpul sedikit harta baik dunia dan akhirat Adam berhasrat utk menyunting Hawa, gadis yang berjaya mencuit perhatian nya sejak hari pertama mengenali.
Berlinangan air mata Hawa ketika membaca kiriman dr Adam..sudah sebulan Adam kirimkan email kepada Hawa..tp, baru kini Hawa membaca nya, melalui desakan hati yang ingin mengetahui apakah isi kiriman itu Hawa mengamati setiap kata2 yang tertulis. Disebalik air mata yang mengalir timbul satu pertanyaan "kenapa baru kini kau nyatakan hasrat hatimu Adam??"
Keluarga Hawa telah pun memilih siapakah bakal pasangan hidup Siti Hawa cume dia belum diikat secara rasmi, sudah 3 bulan Hawa dikenalkn dengan Ahmad Aiman. Minggu hadapan keluarga Aiman akan datang utk majlis pertunangan dan sekali gus membincangkan majlis walimah nya nanti. Jauh di sudut hati Hawa timbul nye rasa kekesalan yang amat dalam. Hawa cuba mententeram kan dirinya, di pertengahan malam Hawa bersujud dan memohon kepada Allah.."Ya Allah sesungguh Kau lebih mengetahui yang mana terbaik buat hambaMu, maka ku bermohon padaMu ya Allah, sekiranya dia yang Kau takdirkan untuk ku maka satukan la kami ya Allah, tp seandainya dia bukan jodohku maka jauhkan la diri nya dr diriku ya Allah,sesungguh nya kepadaMu ku bermohon dan berserah"...dengan rasa penuh kehambaan Hawa berserah diri dan memohon Allah permudahkan segala urusan nya.
"Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu"
Hasbunallah wani’mal Wakil...lalu Hawa melelapkan matanya semula..
Alhamdulillah sinaran pagi memberikan semangat kepada Hawa..dia redha dgn ketentuan ilahi, Hawa seorg pensyarah yg berdedikasi, dia akan cuba memberikan yang terbaik buat pelajar2 nya. Sifat nya yang peramah, mudah disenangi oleh sesiapa sahaja, tidak ada jurang perbezaan antara kite sesama manusia..tidak kira darjat atau pangkat dan keturunan. Ilmu yang kite ada perlu di kongsi dan di sebarkan kerana itula tuntutan yang akan disoal di hari kebangkitan kelak.
"Assalamualaikum Hawa,nape ko nie..duk termenung ngadap screen comp tue?"
"Waalaikumussalam..eh..Lia..Hawa ok ..xde apa2 la penat je skit arinie.."
"Penat???ko jarang berkata penat Hawa..nie mesti ada seuatu yg xkene..Lia kenal Hawa camne...erm..klau Hawa ada masalah...bgtau la Lia..mane tau kot2 Lia dpt bantu Hawa.
Lia seorang pensyarah dalam bidang ekonomi..kawan sebilik Hawa sewaktu bersama2 mendaki gunung ilmu mengejar segulung master. Lia amat memahami sikap Siti Hawa, Hawa yg dikenali bukan la seorg yg mudah di bebani masalah.
huhu..nk tdola, smbg esokla..tula ainna td duk sibuk membace je...uish
Bersambung...






