Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillah, AllahuAkbar....Salam kasih sayang buat semua, waduh..waduh kawan2 ku...sekali lagi ainna nk nyatakn bahawa cerita yang di kongsi sebagai bahan bacaan ini hanyala sekadar rekaan semata-mata..ingat tu..REKAAN SEMATA-MATA...(~__~)huhu...cite tak abis lg jgn la tanye ainna, ainna pun xtau..nk tengok mood, ainna karang ikut mood..selalu nye time2 ngantuk ainna akan duk depan comp nie ngadap...lpstue..mulala ngarut je, klau kat opis ainna update tue makna nya ngah ngantuk la tue..heheh..tp...skung ni x, segar je cume kehendak nk smbg tue ada, so teruskan jela kejap je nie..lgpun keje yg tinggal tuk hari ni cume checklist evaluation ja.
Sambungan...
Email address Siti Hawa masih ada di dalam address book Adam...sejak di alam U Hawa x pernah menukar atau menutup yahoo account nya. Alhamdulillah, mungkin itu sudah suratan yang Allah tentukan. Adam menceritakan segala-gala nya kepada Hawa termasuk la kata hati nya yang sejak dari dulu lg Adam pendam.Kini pabila sudah ada jawatan yang tetap dan sudah mengumpul sedikit harta baik dunia dan akhirat Adam berhasrat utk menyunting Hawa, gadis yang berjaya mencuit perhatian nya sejak hari pertama mengenali.
Berlinangan air mata Hawa ketika membaca kiriman dr Adam..sudah sebulan Adam kirimkan email kepada Hawa..tp, baru kini Hawa membaca nya, melalui desakan hati yang ingin mengetahui apakah isi kiriman itu Hawa mengamati setiap kata2 yang tertulis. Disebalik air mata yang mengalir timbul satu pertanyaan "kenapa baru kini kau nyatakan hasrat hatimu Adam??"
Keluarga Hawa telah pun memilih siapakah bakal pasangan hidup Siti Hawa cume dia belum diikat secara rasmi, sudah 3 bulan Hawa dikenalkn dengan Ahmad Aiman. Minggu hadapan keluarga Aiman akan datang utk majlis pertunangan dan sekali gus membincangkan majlis walimah nya nanti. Jauh di sudut hati Hawa timbul nye rasa kekesalan yang amat dalam. Hawa cuba mententeram kan dirinya, di pertengahan malam Hawa bersujud dan memohon kepada Allah.."Ya Allah sesungguh Kau lebih mengetahui yang mana terbaik buat hambaMu, maka ku bermohon padaMu ya Allah, sekiranya dia yang Kau takdirkan untuk ku maka satukan la kami ya Allah, tp seandainya dia bukan jodohku maka jauhkan la diri nya dr diriku ya Allah,sesungguh nya kepadaMu ku bermohon dan berserah"...dengan rasa penuh kehambaan Hawa berserah diri dan memohon Allah permudahkan segala urusan nya.
"Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu"
Hasbunallah wani’mal Wakil...lalu Hawa melelapkan matanya semula..
Alhamdulillah sinaran pagi memberikan semangat kepada Hawa..dia redha dgn ketentuan ilahi, Hawa yakin apa yang di tentukan Allah itu pasti ada hikmah nya.
"Hawa..nape nie?? anak ibu ada masalah ke?? xnk kongsi ngan ibu, manala tau kot2 ibu leh bantu ke.."
"Eh ibu, maaf Hawa xperasan. Xde apalah ibu, Hawa biasa2 ja"
"Erm..ibu tau nie tentu Hawa duk fikir pasal majlis minggu depan ye?, Hawa jgn sembunyi kn dr ibu nak..ibu tau perasaan hawa."
"Ibu nk tanye, Hawa betul ke xde bantahan dgn pilihan abi?"
"Betul bu..hawa terima dgn hati yg ikhlas seandainya Ahmad Aiman yg ditakdirkan Allah utk Hawa"
Suasana sepi seketika..ibu Hawa meneruskan perbualan dgn bertanyakan sesuatu yg membuatkn hati Hawa berdegup laju.
"Hawa..ibu nak tanye sesuatu boleh?"
"Apa dia bu?"
"..Siapa nama kawan lelaki Hawa mase kat U dulu, yg pernah Hawa ceritakan pada ibu,...dia dh blk dr Jordan ke?"tanya ibu Hawa utk kepastian, ibu nya sekadar ingin menduga. Secara jujurnya ibu Hawa lebih tertarik dgn Adam, seandainya lelaki itu dtg utk meminang anaknya, ibunya org yg paling gembira. Di mata ibu Hawa Adam lebih bnyk kelebihan dari Aiman. Tetapi ibu Hawa yakin, jika Aiman adalah takdir hidup hawa, tentu Aiman adalah yg terbaik buat Hawa. Pandangan mata manusia sering membuat kite lalai dan leka. Ibu Hawa tau, hawa menyembunyikan sesuatu daripadanya, puteri kesayangan nya ini tidak pernah berahsia. dari raut wajah Hawa mengambarkn ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran nya.
Dengan expresi muka yg penuh tanda tanye membuatkan Hawa tersenyum, ibu nya seperti mengetahui apa yg sedang di alaminya kini.
"Ibu....Adam dah 4 bulan pulang ke Malaysia bu.., Adam ada meluah kan kata2 hati nya melalui email, tp Hawa xberani bu...Apa yg perlu Hawa buat bu? "
"Ibu yakin Hawa boleh buat keputusan dengan baik, Ibu pasti apa yang di takdirkan Allah itula yg terbaik buat Hawa.., abi dan ibu sentiasa mendoakan kebahagian Hawa"
Pada 6 Jun 2009, Hawa berhias dengan mengenakan busana kaler kegemaran nye purple pink. Busana tersebut adalah pemberian dari Aiman sebagai hadiah yang di beli bersama umi nya semasa majlis graduasi di Yjogja Jakarta. Selesai proses perbincangan, umi Aiman menyarungkan cincin tanda pertunangan mereka ke jari manis Hawa. Dalam pada itu tarikh walimah bg pasangan ini telah pun di tetapkan pada 20 September 2009, Hawa dan Aiman memilih 3 bulan bagi tempoh petunangan mereka.
Selesai cincin di sarung, Hawa di bawa keluar untuk dikenal kan kepada ahli keluarga Aiman, hawa tidak mengerti mengapa hati nya terasa berdebar-debar, seperti ada ekor mata yang sedang memerhatikan nya...tanpa Hawa sedari.
huhu..xde mood la pula, smbg esokla....uish ada part yg kene potong ye..tuk memendek kn jalan cite.
Bersambung...