KATA-KATA HIKMAT

Sintesiskan unsur-unsur anod kemesraan dengan isomer ukhwah serta oksidakan monomer kasih sayang dan molekul doa untuk menghasilkan polimer PERSAHABATAN yang oktet..

Live for today:

During this day u should pray with a wakeful heart,
Recite the Qur'an with understanding and remember Allah with sincerity,
In this day you should be balance in your affairs,
Satisfied with your alloted portion,
Concernedwith your appearance and health..(",)

Tuesday, May 19, 2009

Majlis Perkahwinan Sa'a



Hantaran dari kedua-dua belah pihak




Some of Sa'a 's schoolmates



Pada 9 Mei 2009 yang lalu telah berlangsungnye majlis perkahwinan Sa'adatunnur atau lebih dikenali dgn panggilan Sa'a dengan Farid Fauzi. Di sini ainna attach kan beberapa keping gambar tuk kita kongsi bersama buat teman2 yg tidak dpt menghadirkan diri pada ari tersebut.



Ramai juga kengkawan yang dapat menghadirkan diri, ada yang dari Kedah pun sanggup datang ke majlis tersebut. Tak ketinggalan ada yang dr Perak n sanggup bw adik2 jalan sampai ke Seremban, cayokla..kawan kawen punye pasalkn. Some of them yang nk kene posting kat yokjakarta xlama lagi kebetulan ada meeting kat KL jadi ramaila yang dapat hadir ke majlis Sa'a dan suaminye Farid..hehehe..buat pengetahuan kengkawan semua, Sa'a nie final year IIUM medic student dan suaminye seorang engineer. Kini mereka menetap di wangsamaju..Yang menarik nye ainna nk kongsi disini faktor usia bukan penghalang utk kite berumahtangga, jodoh kite telah Allah tetapkan. Sebagai contoh Sa'a and Farid jarak umur mereka ialah 7thn, percaya atau tidak itula hakikat nya. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat. Buat teman2 yang menghadapi conflict dalam memilih pasangan, berdoa la dan mohon kepada-Nya akan segala hajat yang kita ingini, maka sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui..



Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.

Sabda Rasulullah s.a.w

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Tahniah buat mereka berdua dan buat kengkawan yang bakal mendirikan mahligai bahagia.


Catatan:

  • Jurusolek atau sinonim dengan panggilan mak andam ialah Erlina Abdullah @ Erin yang di import khas dari Shah Alam. Salute la kan??Ainna sangat kagum dgn kawanku yang sorng nie.
  • Jurufoto atau lebih sesuai digelar camera woman ialah Ainna juga di import.. heheheh... xsesuaila (",)
  • Ada kengkawan Sa'a yang bw kamera that hav high power..tp sayang mereka tiba lewat..
  • Dewan makan untuk para tetamu di adakan di mantin, sempadan N9 dan Selangor mengambil mase sejam dari Paroi iaitu rumah pengantin perempuan.
  • Uish...jauh nye la kan, kami seawal pagi 5.30 a.m bergerak ke rumah Sa'a dan selewat 5.30 p.m bergerak pulang ke rumah..(",)
  • Satu pengalaman yang cukup menarik, 2 kali terlanggar camera.huhuhuhuhu
  • Sangat terharu dan berterima kasih, sbb nye dpt jumpe semula dgn kengkwn medic yang dh 4thn xjumpe..mane tak nye mereka smua di kuantan.
  • Lastly, all the best tuk semua. Selamat Pengantin Baru buat Sa'a dan suami.


2 comments:

a'dill_ahmad said...

aina, erin ker mak andam??waa...maju nmpk erin.... keje sambilan ea?? hhehehe, anyway, nk wish selamat pengantin baru kt kawan aina ;)

raudah sakinah said...

a'a erin la mak andam nye..nie first time dia jd mak andam. so lps nie klau nk ambil dia jd mak andam blh la...heheheheh service yg dtawarkn: hantaran, hiasan dewan, dan apa2 lg yg berkaitan majlis perkahwinan harga boleh di runding (",)