Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. |
Sabda Rasulullah s.a.w
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Tahniah buat mereka berdua dan buat kengkawan yang bakal mendirikan mahligai bahagia.
- Jurusolek atau sinonim dengan panggilan mak andam ialah Erlina Abdullah @ Erin yang di import khas dari Shah Alam. Salute la kan??Ainna sangat kagum dgn kawanku yang sorng nie.
- Jurufoto atau lebih sesuai digelar camera woman ialah Ainna juga di import.. heheheh... xsesuaila (",)
- Ada kengkawan Sa'a yang bw kamera that hav high power..tp sayang mereka tiba lewat..
- Dewan makan untuk para tetamu di adakan di mantin, sempadan N9 dan Selangor mengambil mase sejam dari Paroi iaitu rumah pengantin perempuan.
- Uish...jauh nye la kan, kami seawal pagi 5.30 a.m bergerak ke rumah Sa'a dan selewat 5.30 p.m bergerak pulang ke rumah..(",)
- Satu pengalaman yang cukup menarik, 2 kali terlanggar camera.huhuhuhuhu
- Sangat terharu dan berterima kasih, sbb nye dpt jumpe semula dgn kengkwn medic yang dh 4thn xjumpe..mane tak nye mereka smua di kuantan.
- Lastly, all the best tuk semua. Selamat Pengantin Baru buat Sa'a dan suami.