KATA-KATA HIKMAT

Sintesiskan unsur-unsur anod kemesraan dengan isomer ukhwah serta oksidakan monomer kasih sayang dan molekul doa untuk menghasilkan polimer PERSAHABATAN yang oktet..

Live for today:

During this day u should pray with a wakeful heart,
Recite the Qur'an with understanding and remember Allah with sincerity,
In this day you should be balance in your affairs,
Satisfied with your alloted portion,
Concernedwith your appearance and health..(",)


Wednesday, March 3, 2010

Anda Fikir Tulang Anda Kuat???

Balik semua pada soalan di atas...FIKIR SEKALI LAGI...(@_@)

"Tulang saya tak rasa sakit.""Saya selalu bersenam"--> BETULKAH???

"Sakit tulang? Itu masalah ibu saya"--> ANDA PASTI???

Kebanyakan lelaki dan wanita fikir tulang mereka kuat. Ini kerana tulang mereka terasa kuat dari luar. namun begitu, mereka tidak menyedari bahawa tulang sebenarnya boleh reput dan rapuh dari dalam.

Tahukah anda bahawa tulang mempunyai 2 lapisan?--> JOM KITA KONGSI...

Lapisan luar tulang memang kuat dan padat. Tetapi lapisan dalaman tulang bagaikan span, menjadikannya lemah dan mudah reput. Sebab itulah, kereputan tulang jarang disedari, sehinggalah ia sudah terlambat.

JADI NAK PROMOTE SKIT LA, PASAL KELUARAN BARU ANLENE-->Anlene baru mengandungi Nano-Kalsium, 100x lebih kecil

Nano-Kalsium salah satu bentuk kalsium mikroskopik terkini yang 100 kali lebih berbanding kalsium biasa. Anlene juga mengandungi vitamin D, magnesium, protein dan zink - nutrien tulang penting yang di perlukan untuk kekuatan tulang yang optimum.

Kini anda boleh memiliki tulang yang kuat dari dalam--> PILIH LA ANLENE..ceh promote nie (~_~)

Inilah keistimewaaan formula revolusi anlene yang baru dengan Nano-Kalsium. nutrien-nutrien diserap secara efektif ke dalam lapisan dalaman tulang anda. 2 gelas anlene setiap hari membekalkan nutrien-nutrien yang membantu membina tulang yang muda dan kuat dari dalam. Jadi anda boleh terus lakukan apa yang anda gemari.

PENJAGAAN TULANG

TULANG bukan sekadar ketulan kalsium. Ia hidup - sentiasa terhapus dan terbina dengan sendiri. Seperti mana kita memerlukan makanan untuk terus hidup, tulang juga perlu diberikan nutrien yang sepatutnya.
Nutrien yang paling penting untuk tulang adalah kalsium. Mineral ini bukan saja diperlukan untuk pembentukan tulang tetapi juga fungsi badan yang lain seperti penjagaan saraf dan otot. Disebabkan badan mengambil kalsium daripada tulang maka kita perlu terus mengisi semula bekalan kalsium untuk mengelakkan tulang kehilangan terlalu banyak mineral tersebut.
Sumber terbaik bagi kalsium adalah susu dan produk berasaskan susu yang lain seperti keju dan tairu. Bagaimanapun, terdapat juga sumber kalsium yang lain sekiranya anda tidak suka minum susu. Anda boleh mendapat kalsium daripada sayuran hijau dan berdaun seperti kai lan dan pak choy Cina, produk berasaskan soya seperti taufu dan taufu fah dan juga ikan bertulang lembut yang boleh dimakan seperti sardin dan bilis.
Dan jangan pula lupa tentang makanan tidak berasaskan tenusu dan diperkaya dengan kalsium yang boleh didapati di pasaran. Jus oren, minuman malt dan tairu dan tidak lupa juga bijirin sarapan, biskut dan roti telah diperkaya dengan kalsium. Oleh it, bacalah label makanan dan periksa kandungan kalsiumnya.
Tetapi seperti apa juga dalam hidup ini, kita perlu bersederhana. Pengambilan kalsium perlu menepati cadangan pengambilan harian anda. Kumpulan umur yang berbeza memerlukan jumlah kalsium yang berlainan. Berapakah yang anda perlukan setiap hari? Anda boleh memeriksa cadangan pengambilan nutrien bagi kalsium dalam jadual berikut:
Sebagai tambahan kepada kalsium, anda juga perlu memastikan mendapat vitamin D yang mencukupi setiap hari. Vitamin ini membantu tulang anda menyerap lebih kalsium. Tambahan pula, badan anda akan menghasilkannya sendiri dari pendedahan kepada cahaya matahari. Jadi, janganlah malu berjemur kerana ia baik untuk tulang anda! Tetapi, bagi wanita yang sudah mencapai menopaus, penghasilkan vitamin D dari pendedahan kepada cahaya matahari sahaja mungkin tidak mencukupi, Jadi, selain pengambilan tambahan kalsium, pengambilan tambahan vitamin D juga sangat penting.
Selain kalsium dan vitamin D, tulang kita juga memerlukan senaman. Ini kerana tulang adalah tisu hidup dan ia bertindak balas kepada aktiviti tekanan yang dikenakan manusia ke atasnya. Ia terbina dari kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terdiri daripada kalsium dan fosfat. Matrik kolagen inilah yang membenarkan tulang mengembang dan mengecut tanpa patah.
Dalam kata lain, tulang akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menghadapi tekanan yang kerap dikenakan senaman ke atasnya. Begitulah juga jika tidak aktif secara fizikal, tulang akan menjadi semakin lemah, lalu mendedahkannya kepada risiko keretakan yang lebih besar.
Apa juga senaman yang memerlukan anda membawa berat badan dan melawan graviti akan membantu anda memperbaiki atau mengekalkan jisim tulang. Tekanan akibat membawa berat anda sendiri dan tindak balas tolak dan tarik otot anda akan merangsang pembentukan tulang dan menjadikannya lebih kuat. Contoh senaman menahan berat termasuklah berjalan, berjoging, berlari, tai chi dan bermain permainan seperti badminton, tenis dan golf.
Senaman bukan saja membina tulang kuat, ia juga memperbaiki imbangan dan kordinasi anda. Ini penting bagi mengelakkan jatuh bagi warga tua. Jadi janganlah menghalang ibubapa atau datuk nenek anda bersenam kerana ia bagus untuk mereka. Cuma pastikanlah mereka melakukannya dengan selamat.
Tulang sihat sepanjang hayat adalah satu komitmen seumur hidup. Inilah sebab mengapa penjagaan tulang yang baik tidak seharusnya bermula ketika anda sudah tua atau disahkan menghidap osteoporosis. Kita perlu memastikan tulang mempunyai bahan mentah yang diperlukannya secukupnya. Malah, cara yang paling baik untuk melindungi tulang kita adalah dengan menjaganya dari muda dan sepanjang hayat kita.


Artikel Tulang Sihat Sepanjang Hayat oleh Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur ini disokong oleh geran pendidikan daripada Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd dan Rottapharm Madaus.- Di petik dari UTUSAN MALAYSIA-KESIHATAN

MORE DESCRIPTION

APABILA disebut masalah osteoporosis dan pereputan tulang, ramai yang menuding pada wanita. Sebenarnya lelaki juga mengalami masalah ini, tetapi pada kadar lebih perlahan. Secara umumnya, wanita dan lelaki mula menghadapi kehilangan jisim tulang sebaik mencecah umur 50 tahun.Kadar kehilangan jisim tulang yang menjurus kepada masalah osteoporosis lebih ketara pada wanita, terutama selepas menopaus. Seandainya kesihatan tulang tidak dijaga, tidak mustahil ia boleh retak dan patah, walaupun dengan hentakan kecil atau perlahan.Setiap orang ada 206 tulang yang berfungsi menyokong dan membolehkan kita berdiri tegak. Selain itu, tulang berfungsi sebagai pangkalan untuk otot melekat dan menyambung dua atau lebih tulang.Tulang menjadi struktur terpenting dalam badan manusia dan ia dipanggil sistem rangka yang memberi bentuk kepada badan kita. Tulang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kortikal dan trabekular.Tulang kortikal juga dikenali sebagai tulang mampat (padat) yang membentuk lapisan luar pada setiap tulang; merangkumi 80 peratus jisim tulang rangka.Ia lebih teguh, tidak mudah dilentur atau dikilas.Manakala tulang trabekular pula terletak di bahagian dalam tulang, berongga seperti span yang ada hubung kait dengan darah kerana di sini wujudnya sumsum tulang bagi menghasilkan sel darah.Tulang trabekular mewakili 20 peratus jisim tulang, kurang tumpat, lebih elastik dan mempunyai kadar penggantian tinggi berbanding tulang kortikal.Pakar Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata komposisi tulang membabitkan 10 peratus protein, 65 peratus garam mineral seperti kalsium dan fosforus, 25 peratus air serta sedikit magnesium, sodium dan bikarbonat.Tulang menyimpan 99 peratus kalsium dalam badan kita dan satu peratus lagi dalam aliran darah. Sebagaimana organ badan lain, tulang adalah tisu yang hidup. Ia menjalani proses kemusnahan dan pembinaan semula setiap hari. Justeru, kesihatan tulang perlu dijaga sepanjang hayat.Tulang yang sihat dan kuat bergantung kepada strukturnya. Ketumpatan mineral tulang (BMD) merujuk kepada ketumpatan tulang yang diukur berdasarkan jumlah tisu berkalsium yang juga digunakan untuk menentukan kekuatan tulang.BMD memerlukan masa panjang untuk dibina. Pembentukan BMD berlaku sejak zaman kanak-kanak dan berterusan hingga awal dewasa (antara 25 hingga 35 tahun) iaitu apabila seseorang mencapai kemuncak akhir kematangan tulang (dipanggil Puncak Jisim Tulang).Lebih tinggi puncak jisim tulang, bermakna ia mampu bertahan lebih lama sehingga tua.

Proses pemendakan mineral tulang bagi kebanyakan orang (lebih 90 peratus) biasanya berlaku pada akhir remaja. Selepas ini, lelaki dan wanita mula mengalami kehilangan tulang pada kadar 0.3 hingga 0.5 peratus setahun mengikut pertambahan usia.Kadar kehilangan tulang paling cepat berlaku, iaitu antara tiga hingga lima peratus, dalam masa lima hingga tujuh tahun pertama selepas menopaus. Ketika ini, jika tiada langkah kawalan diambil, seseorang itu lebih terdedah kepada risiko osteoporosis. Antara langkah kawalan paling mudah ialah mengambil cukup bekalan kalsium sama ada melalui susu atau pil,katanya pada majlis pelancaran susu Anlene PHYTO K Regenerative Formula, baru-baru ini.Dr Chin berkata, masalah tulang kurang padat berlaku apabila seseorang mengalami kekurangan tisu berkalsium dan protein, menyebabkan ia lemah serta mudah retak.Kesan kekurangan ini jarang dilihat pada golongan muda, tetapi sangat ketara di kalangan warga tua, terutama wanita yang kerap mengalami keretakan tulang pinggul serta osteoporosis.Wanita berusia melebihi 80 tahun mempunyai risiko 30 peratus (atau satu dalam tiga wanita) untuk mengalami keretakan tulang berbanding satu kes bagi lima lelaki pada usia sama.Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2050, dianggarkan 50 peratus atau sekurang-kurangnya 60,000 kes keretakan tulang pinggul di dunia membabitkan penduduk Asia.Ini menyebabkan ramai warga tua, terutama yang menjangkau umur 50 tahun, tidak dapat menjalankan aktiviti kegemaran. Malah, kebimbangan keretakan tulang ini secara tidak langsung menghalang mereka melakukan senaman, walaupun bersenam antara sebahagian cara untuk menguatkan tulang.

Tuesday, March 2, 2010

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang buat semua...

Sekadar menyampaikan...(Dibawa keluar dari mail box )....... Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum, Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.. Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind... Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".