KATA-KATA HIKMAT

Sintesiskan unsur-unsur anod kemesraan dengan isomer ukhwah serta oksidakan monomer kasih sayang dan molekul doa untuk menghasilkan polimer PERSAHABATAN yang oktet..

Live for today:

During this day u should pray with a wakeful heart,
Recite the Qur'an with understanding and remember Allah with sincerity,
In this day you should be balance in your affairs,
Satisfied with your alloted portion,
Concernedwith your appearance and health..(",)


Tuesday, May 12, 2009

Untukmu Ibu

Assalam apa kaba semua? sempena hari ibu ini, ada cerita yang ingin diokongsikan bersama..mari kita menyelami cerita ini...(",)


www.iluvislam. com
dihantar oleh: nurpalestina
Editor: ar-ruhul JADEED


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.






Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.



Sekian..

Harap kita sama-sama dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran dari cerita ini....
Sesungguhnya syurga seorang anak di bawah telapak kaki ibunya...ibu adalah insan yang paling berharga, kita masing2 terhutang nyawa dgn ibu...dan bagi kawan2ku yang bergelar wanita, ketahuila satu hari nanti kita akan menjadi seorg ibu,jika kita inginkn sesuatu yang baik dari anak2 kita maka kita perlu la menjadi contoh sebagai anak yang solehah buat kedua ibu bapa kita. Bagi sahabat lelaki, jadikan la watak azam dalam cerita ini sebagai contoh teladan yang baik buat dirimu.

Terima kasih pada semua yang sudi membaca cerita ini...(",)

Sunday, April 12, 2009

Kenapa Malas????

huhuhuhu....Assalam semua..alhamdulillah cuaca kat luar begitu nyaman sekali senyaman hatiku ini...ya ALLAH nape malas nye nak study???? apa je..yg ainna dh buat arinie????
erm..nothing rase nye..ni la buruk baik nye ada tenet kat blk...rindu nk balik umah..tp..xkesampaian...Allah izin ari2 ujan...ujan itu satu tanda rahmat dr-Nya..untuk setiap makhluk di muka bumi ini...dalam seminggu dua nie..cerita sedih je yang ainna terima...aritu..fiza @ CIE student kehilangan ayahnya yg dh kembali kerahmatullah..sehari seblm tue..kwn ainna nye kwn budak lelaki siapa ntah name nye xingat pun cerita yg same gak..1 week b4 tue pun cerita kwn hilang ahli keluarga gak..ya ALLAh mari kita sama2 berdoa agar mereka smua di tempat kan bersama2 dgn org yg bertaqwa..Al-Fatihah..sedih dan tersentuh nye rase hati...buat kengkwn smua mari kite memanjatkan kesyukuran semoga Allah memberi kita serta ahli keluarga,sahabat dan kenalan dengan kesihatan yang sempurna..
Ya ALLAH, perbaikilah agamaku yang menjadi sandaran segala urusanku, perbaikilah duniaku, yang menjadi tempat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku, tempat dimana aku dikembalikan. Jadikanlah hidupku ini sabagai tambahan setiap kebaikan untukku, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan daripada segala kejahatan untukku.Wahai Tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau daripada kemalasan, dan daripada umur tua yang amat sangat, dan daripada bebanan yang memberatkan ku...Ya ALLAH, berikn la kesihatan yang sempurna keatas kaum keluargaku, sahabat2ku serta ahli keluarga mereka..serta tempatkan la kami bersama2 dengan para solihin,para syuada' dan sampaikan salam kepada junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat..AMIN ya Rabbul' Alamin...


mmm..k la ainna nak g cari semangat yang hilang nie...kenang daku dalam doamu..SEKIAN..wsalam(",)

Saturday, April 11, 2009

Hanya ingin meningatkan..

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :



Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Saje nak kongsi cerita,..HAVE FUN (",)

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun takt ahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masaksedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.


Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
habih :.

SAYA SUKA...

Harap kita sama2 dapat ikhtibar dan pengajaran dalam situasi di bawah ye..


Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita
saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut
nak pengang. bukan takut jari-jemarinya patah,
tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh
saling bantu-membantu di suatu hari yang amat
dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik
betulsungguh! Sebab itu saya belikan dia
tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok,
bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa
ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai
bila-bilatakut nanti dibakar dek api neraka, di
suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang
Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita
saya solid betul. Sungguh! Sebab itu saya
belikan dia telengkung supaya masa 'dating
dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh
lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya
pun tumpang dapat pahalasyoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya
tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, 'Apa
ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-Quran
sebagai penenang jiwasemoga dia cintakan-Nya
lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-
macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta
elok-eloknanti awak sakit saya juga yang susah
hatibla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang
sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu
sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh
berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya
mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-
cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih
sayang di akhirat, ber'dating'di syurga kerana di
situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-
menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami
semoga kami dapat kekal bersama selama-
lamanya, di syurga nanti. Amin

Friday, April 10, 2009

My boyfren (^^)



Ni la boyfren ainna yang terbaru..huhu..sponser by my sugar mama..hehhehehe..my nenek la..yg sebenarnye duit tue nk g wat spec..tp..apakn daya...hp..jadi keutamaan...hp nie adik ainna yang pilih mase lepak ngan dia b4 dia balik, best gak la function n specifications nye pun best..kami menghabiskn mase d tempat biasa sg.wang plaza...xpernah g cn naik bus..1st time kami g naik bus..pergh..best gak naik bus..murah n jimat..tp..nye penat nk tunggu...huhuhuhu.....blk je..umah dh maghrib...then, ayah ajak kuar apa lg...berlepak lg la kami sekeluarga kat putra..tue smbil menikmati sate...erm..nyam..nyam..seronok nye blk umah..dh tentu makan smua terurus ada mak...leh jaga kite..dh la xsehat nie..asyik ingat umah je..nk blk ke x?????huhuhuhuhuhu......FFFFFFFFFYYYYYYYPPPPPPPPPPP

Thursday, April 9, 2009

Berjaya -Ciri2 seorg mukminin

Untuk mengotakn janji ainna pada post yang sebelum ini..nak cite pasal talk or story yang bermanfaat..maka terpublish la...post ini...quote dari al-Qur'an...Surah Al-Mukminun (verse 1-11)(",)


Maksudnya:


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman [1]

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya [2]

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; [3] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [4]

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [5]

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -[6]

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [7]

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; [8]

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; [9]

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi –[10]

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.[11]



Pengajaran dari ayat

- Tunaikan solat dengan kusyuk kerana ia merupakan tiang agama

- Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kehormatan diri dan mruah

- Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi muslim

- Setiap orang yang beriman mesti berazam untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat


Sharpen your communication skills

Alhamdulillah Allah izin..arinie xberapa sihat..balik exam terus tdo..sampai ptg..xlarat la...sewaktu org lain sedang sibuk membace buku ilmiah..ainna pun membace buku gak tp...ehhehehehe.. buku nie best la...bnyk perkara kite leh ambil ikhtibar n motivate diri..tengah2 bace tetiba tergelak sendirian..nk tau apa yang ainna gelakkn bace la conversation kat bawah nie..antara phone operator and the caller...start

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan?

Operator: Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: Yes, I understand you want to speak to anyone. You can speak to me. Who is this?

Caller: Well..just tell my sister Annie Wan that our brother Noe Wan was involved in an accident. Noe Wan got injured, and now Noe Wan is being sent to the hospital. right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious, but I don't have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Ree.

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!

Operator: That's what I said. I'm Saw Ree..

Caller: Oh...God!!

Oh, yes...Pretty hilarious, don't you think? This could happen to me, you know. Or worse still, is that me? Okay, maybe not when I am speaking English, but what about when I am speaking in my broken Arabic?Hmm....

So, as I giggled whilst reading through this joke, I promised my self that I shall strive for clarity in communication while also seeking Allah's reward for following the Prophet's sunnah, in sha'a Allah.

I will also pray to Allah that I do not come across any Annie Wan and Saw Ree! But, you know what my dear? Even if I do, in sha'a Allah, it would be one very interesting conversation.

What about you my frens? Ask yourself- are you Annie Wan? If you think you are, what are u going to do about it? A hint for u: three steps, and you are all good. in sha'a Allah.

Goodbye, stage-fright, and hello, dear audience!

GDBs Part 2 (",)



Erm....ni ialah rombongan pertama yang tiba di restoran tersebut....begitue bersemangat sungguh depa ni....seperti yang dijanjikan program start at 8.00 p.m...tp..diaorg nie kul 6.30 lagi dh bersiap-siap cayok la korang...mmm..Lagipun untuk mengelak kan traffic jam and tiba lambat ke destinasi yang d tuju, dan Allah izin diaorg nie..tidak mempunyai apa2 agenda lain selepas klas waste kul 3.30 p.m jadinye dapat la mereka manage their times accordingly. Next pic ialah rombongan ke-2 cek kiah, so sweet and luvly....





Seterusnya...after ketibaan kite org nie yang ..ala..ala...VVIPs gitue..program pun bermula....jeng..je..jeng....after a few words delivered by dr. Ibrahim..acara makan2 pun tiba..apa lg serbula..dengan penuh adab dan kesopanan..kami menunggu giliran..nie dia..sempat posing babe...


uish..deba@dibut..nape..camtue..malu ek?heheheheheh (^^)



sambil menikmati acara makan2 kami didendangkan oleh zahid,fiza and saiful dengan lagu "Season in the sun"superb la....smua pun enjoy..je ainna tengok..tp..yg paling penting makan tetap makan..korang nyanyi la..heheheh..yang penting nyam..nyam...ok jom kite g merantau di setiap meja makan..n lihat apa ada k..(",)


Next table..erm..yang ada dalam gambar nie dr kiri..kak ju..dayah hasan..azyan hazwani.and hanisah


Table ni pula..darlina ayu, dayah zainan, izzah and nabila..peace V



Then, jelitawan dari table nie terdiri dari emalin, simma, lina@ustazah Siti Nor Bakyah. Next,pic...erm..periawan..kite rahim, shahir,zahid and tak ketinggalan di meja belakang aziz, fiza, saiful and nasir..maaf xberapa jelas...







Dari kiri: mira, melor, ayu and halimah..eik..kongsi ke tue..hehhhheh(^^)



Dari kiri: najla, fini, zatie, al, dibut and fadilah..(",)



Ini pula gambar di meja makan kami...cute,comel n luvly..so sweet smuanye..xtahan..makan semeja dgn queen niexkurang juga late comes pun ada kat meja nie...uish.....heehehhe cis..siapa la yg berani ambil ambr ainna nk makan nie...


She is Fatimah, the one and only foreign student in our class-->join us that nite



comel tak diaorg nie?heheee...yang kakak dh 25thn yang adik dh masuk 24thn...happy buzday kak mimi, finie, kak nishat, lina and simma..buzday diaorg jatuh pada bulan tiga...hehehehe..best nye kek tue..sedap2...nyam..nyam...ingat lg..kite beli kek kat jj..then g makan kat kunang2 kn babe...mase tue celebrate buzday..erm..xingat la..leyha eik????a month before..(**)


Erm..nie ialah cenderahati yang kami dpt pada mlm tue..uiet..mane ek ainna nye??


Perg..sempat bergambar dgn dr. I nie...tuk pengetahuan dr. I memang baik...memang sesuai jadi academic advisor......hehehheh..kak yana pun nk menyelit gak tue.



Nie apa kes nie??..hehehe nasib la siapa yang makan ngan ainna pasti kene suap nye...dh biasa .siapa yang kenal ainna tau la perangai ainna nie camne..satu meja kene rase--> makan bersama



Nie..xpasal2 ainna bg ucapan mlm tue mewakili ahli meja nie..yang terduduk ialah..erin, majdah, linda, kak yana, leyha, epa, fariha, and wee...best la korang..tp..apa yang ainna ucapkn mlm tue????still terfikir2 apa la yg ainna merepek ek??memang xingatla apa yang ainna ckp..uish..wee nie sempat lg tue dgn aktiviti kewartawanan yg xbertauliah nye...



Lastly, tuk malam tue..inilah diriku..design bg my mum..sbb pening xtau nk pakai baju apa???biasala pempuan..lastly..my mum yg suruh pakai camnie.huhuh..sebenarnye ada org nk make over ainna mlm tue..tp..xlehla..kene jaga bnyk perkara lg pun hati susah aritue..xde mood nk happy2 sngt...Apa2 pun smuanye kembali kepada Allah..dgn atas kuasa-Nya la kite mampu bersama2 enjoy pada mlm tersebut..terima kasih kepada smua yang terlibat..sayang, kasih dan rindu kan korang kerana ALLAH..

The Believers are but asingle brotherhood: so make peace and reconciliation between your two (contending) brothers: and fear Allah, that ye may receive mercy: (Al- Hujurat 49:10)


I am reminded of a haduth narrated by our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him)

An-Nu'man ibn Bashir said: "The messenger of Allah (peace and blessing of ALLAH be upon him) said: 'The believers, in their mutual mercy, love, and compasion, are like a (single) body: if one part of it feels pain, the rest of the body will join it in staying awake and suffering fever'" (Al-Bukhari and Muslim)