Friday, July 22, 2011
Promosi Telekung Menjelang Ramadhan
Thursday, May 13, 2010
......:::IBU:::........
Daun mengkudu bercabanglah cabang,
Batanglah padi si batang pinang,
Daunlah nipah ditebang-tebang,
Wednesday, May 5, 2010
...:**Ex-Pharmaniagans**:...
Thursday, April 22, 2010
*Yang dikatakan sahabat*
Begitula jua lebatnya hujan dihatiku,
Ku rindukan sahabat yang bersamaku,
Ku rindukan sahabat yang menasihatiku,
Ku rindukan sahabat yang menemaniku,
Sahabat, teman, dan rakan,
Begitula ia disinonimkan,
Tika serata alam tidur nyenyak dan lena,
Tika itu jua ku menadah memohon padaNya,
Pertemukanla diriku dengan sahabatku Ya Allah,
Begitu kasihnya seorang sahabat,
Tika berjauhan sering berutusan,
Tika berhadapan saling berkongsian,
Tika tiada terasa satu kehilangan,
Kini hanya padaNya...hanya padaNya ku memohon dan meminta,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Ghaffur, Ya A'zim,
Hambamu ini tidak sabar menunggu saat itu,
Saat kau pertemukan ku dengan sahabatku,
Saat kau menyatukan hati hambaMu,
Saat dimana detik indah itu berlaku,
Ku nantikan saat itu ya Tuhanku,
Sahabat, diri ini amat merindukan dirimu,
Diri ini tidak sanggup menahan rasa yang tertanggung,
Ku ingin bertemu, bersua dengan dirimu,
Kerana kau sahabatku,
Ku yakin, kau jua yakin, akan apa yang ditakdirkan,
Suratan yang memisahkan, takdirNya yang menemukan,
Doa darimu untukku, doa dariku untukmu,
Walau jauh beribu batu,
Hanya pada yang Satu tempat ku mengadu,
Maafkan seandainya diri ini bersalah kepadamu,
Sungguh ku tidak berniat untuk ianya berlaku,
Buat dirimu sahabatku.
*Senyumanmu membahagiakan, istimewa buat dirimu yang bergelar sahabat*
Thursday, April 1, 2010
Coklat....erm............nyam2.......(^,~)
COKLAT....erm...sangat sukeeee....coklat-- dulu mase after abis blajar pun duk tolong kwn sbb dia br set up kedai coklat nye...usahawan muda tue...coklat yang memang di jamin halal, sedapnye...bile ek nk makan truffle ball, cardemia truffle n segala bagai truffle lg la...dh la resepi n design sendr...perh...caya la Dalure...Sampaikan waktu training in class aritu pun name D'Lure digunekan sbagai name company gue...dan di terajui oleh Capten Shib (^,~). Cayo' la berjaya mencapai target. Tp, skung masing2 dh ada tugas masing2 (~__~)
Ha...yang sebenarnye bkn sbb kedai tue or company kami y nk di ceritakan dlm entri nie....(nk cite apa yang berlaku smlm).....Semalam adalah hari coklat bagi kami rakyat PB, PMB dan PLS (Selangor) begitu juga Juru, KK dan lain2 tempat yang sewaktu dengan nyee... Wahhh....seronok nye dapat bnyk coklat semalam, terima kasih ye kepada yang memberi...saya menerima nye dengan tangan yg terbuka...coklat bar tue...huhuhu...bile ek nk makan (erm...let me think fist..."nk mkn pun kene fikir dulu")
Ini la dia coklat nyeee......TOPIC say it!!
Ini pun coklat org bagi gak...
Kesimpulannya bila bergandingan
Dan semalam juga waktu lunch hour kami kuar beramai-ramai untuk sesi makan bersama sempena meraikan @ farewell for one of our fren yg trainee kat cn-- Liyana namenye. Liyana dengan baik hati belanja kami makan coklat...erm...sedap....Terima kasih Liyana. Semoga success ye....Ingat daku dalam doamu.....
Sedap ke tue???
Inila Liyana...hehehh Liyana berbaju kurung...(^__^)
Okla, nak cite lg tp mase xmengizinkan nk smbg wat keje....cau babe....(",)
Wednesday, March 3, 2010
Anda Fikir Tulang Anda Kuat???
Balik semua pada soalan di atas...FIKIR SEKALI LAGI...(@_@)
"Tulang saya tak rasa sakit.""Saya selalu bersenam"--> BETULKAH???
"Sakit tulang? Itu masalah ibu saya"--> ANDA PASTI???
Kebanyakan lelaki dan wanita fikir tulang mereka kuat. Ini kerana tulang mereka terasa kuat dari luar. namun begitu, mereka tidak menyedari bahawa tulang sebenarnya boleh reput dan rapuh dari dalam.
Tahukah anda bahawa tulang mempunyai 2 lapisan?--> JOM KITA KONGSI...
Lapisan luar tulang memang kuat dan padat. Tetapi lapisan dalaman tulang bagaikan span, menjadikannya lemah dan mudah reput. Sebab itulah, kereputan tulang jarang disedari, sehinggalah ia sudah terlambat.
JADI NAK PROMOTE SKIT LA, PASAL KELUARAN BARU ANLENE-->Anlene baru mengandungi Nano-Kalsium, 100x lebih kecil
Nano-Kalsium salah satu bentuk kalsium mikroskopik terkini yang 100 kali lebih berbanding kalsium biasa. Anlene juga mengandungi vitamin D, magnesium, protein dan zink - nutrien tulang penting yang di perlukan untuk kekuatan tulang yang optimum.
Kini anda boleh memiliki tulang yang kuat dari dalam--> PILIH LA ANLENE..ceh promote nie (~_~)
Inilah keistimewaaan formula revolusi anlene yang baru dengan Nano-Kalsium. nutrien-nutrien diserap secara efektif ke dalam lapisan dalaman tulang anda. 2 gelas anlene setiap hari membekalkan nutrien-nutrien yang membantu membina tulang yang muda dan kuat dari dalam. Jadi anda boleh terus lakukan apa yang anda gemari.
PENJAGAAN TULANG
TULANG bukan sekadar ketulan kalsium. Ia hidup - sentiasa terhapus dan terbina dengan sendiri. Seperti mana kita memerlukan makanan untuk terus hidup, tulang juga perlu diberikan nutrien yang sepatutnya.
Nutrien yang paling penting untuk tulang adalah kalsium. Mineral ini bukan saja diperlukan untuk pembentukan tulang tetapi juga fungsi badan yang lain seperti penjagaan saraf dan otot. Disebabkan badan mengambil kalsium daripada tulang maka kita perlu terus mengisi semula bekalan kalsium untuk mengelakkan tulang kehilangan terlalu banyak mineral tersebut.
Sumber terbaik bagi kalsium adalah susu dan produk berasaskan susu yang lain seperti keju dan tairu. Bagaimanapun, terdapat juga sumber kalsium yang lain sekiranya anda tidak suka minum susu. Anda boleh mendapat kalsium daripada sayuran hijau dan berdaun seperti kai lan dan pak choy Cina, produk berasaskan soya seperti taufu dan taufu fah dan juga ikan bertulang lembut yang boleh dimakan seperti sardin dan bilis.
Dan jangan pula lupa tentang makanan tidak berasaskan tenusu dan diperkaya dengan kalsium yang boleh didapati di pasaran. Jus oren, minuman malt dan tairu dan tidak lupa juga bijirin sarapan, biskut dan roti telah diperkaya dengan kalsium. Oleh it, bacalah label makanan dan periksa kandungan kalsiumnya.
Tetapi seperti apa juga dalam hidup ini, kita perlu bersederhana. Pengambilan kalsium perlu menepati cadangan pengambilan harian anda. Kumpulan umur yang berbeza memerlukan jumlah kalsium yang berlainan. Berapakah yang anda perlukan setiap hari? Anda boleh memeriksa cadangan pengambilan nutrien bagi kalsium dalam jadual berikut:
Sebagai tambahan kepada kalsium, anda juga perlu memastikan mendapat vitamin D yang mencukupi setiap hari. Vitamin ini membantu tulang anda menyerap lebih kalsium. Tambahan pula, badan anda akan menghasilkannya sendiri dari pendedahan kepada cahaya matahari. Jadi, janganlah malu berjemur kerana ia baik untuk tulang anda! Tetapi, bagi wanita yang sudah mencapai menopaus, penghasilkan vitamin D dari pendedahan kepada cahaya matahari sahaja mungkin tidak mencukupi, Jadi, selain pengambilan tambahan kalsium, pengambilan tambahan vitamin D juga sangat penting.
Selain kalsium dan vitamin D, tulang kita juga memerlukan senaman. Ini kerana tulang adalah tisu hidup dan ia bertindak balas kepada aktiviti tekanan yang dikenakan manusia ke atasnya. Ia terbina dari kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terdiri daripada kalsium dan fosfat. Matrik kolagen inilah yang membenarkan tulang mengembang dan mengecut tanpa patah.
Dalam kata lain, tulang akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menghadapi tekanan yang kerap dikenakan senaman ke atasnya. Begitulah juga jika tidak aktif secara fizikal, tulang akan menjadi semakin lemah, lalu mendedahkannya kepada risiko keretakan yang lebih besar.
Apa juga senaman yang memerlukan anda membawa berat badan dan melawan graviti akan membantu anda memperbaiki atau mengekalkan jisim tulang. Tekanan akibat membawa berat anda sendiri dan tindak balas tolak dan tarik otot anda akan merangsang pembentukan tulang dan menjadikannya lebih kuat. Contoh senaman menahan berat termasuklah berjalan, berjoging, berlari, tai chi dan bermain permainan seperti badminton, tenis dan golf.
Senaman bukan saja membina tulang kuat, ia juga memperbaiki imbangan dan kordinasi anda. Ini penting bagi mengelakkan jatuh bagi warga tua. Jadi janganlah menghalang ibubapa atau datuk nenek anda bersenam kerana ia bagus untuk mereka. Cuma pastikanlah mereka melakukannya dengan selamat.
Tulang sihat sepanjang hayat adalah satu komitmen seumur hidup. Inilah sebab mengapa penjagaan tulang yang baik tidak seharusnya bermula ketika anda sudah tua atau disahkan menghidap osteoporosis. Kita perlu memastikan tulang mempunyai bahan mentah yang diperlukannya secukupnya. Malah, cara yang paling baik untuk melindungi tulang kita adalah dengan menjaganya dari muda dan sepanjang hayat kita.
Artikel Tulang Sihat Sepanjang Hayat oleh Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur ini disokong oleh geran pendidikan daripada Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd dan Rottapharm Madaus.- Di petik dari UTUSAN MALAYSIA-KESIHATAN
MORE DESCRIPTION
APABILA disebut masalah osteoporosis dan pereputan tulang, ramai yang menuding pada wanita. Sebenarnya lelaki juga mengalami masalah ini, tetapi pada kadar lebih perlahan. Secara umumnya, wanita dan lelaki mula menghadapi kehilangan jisim tulang sebaik mencecah umur 50 tahun.Kadar kehilangan jisim tulang yang menjurus kepada masalah osteoporosis lebih ketara pada wanita, terutama selepas menopaus. Seandainya kesihatan tulang tidak dijaga, tidak mustahil ia boleh retak dan patah, walaupun dengan hentakan kecil atau perlahan.Setiap orang ada 206 tulang yang berfungsi menyokong dan membolehkan kita berdiri tegak. Selain itu, tulang berfungsi sebagai pangkalan untuk otot melekat dan menyambung dua atau lebih tulang.Tulang menjadi struktur terpenting dalam badan manusia dan ia dipanggil sistem rangka yang memberi bentuk kepada badan kita. Tulang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kortikal dan trabekular.Tulang kortikal juga dikenali sebagai tulang mampat (padat) yang membentuk lapisan luar pada setiap tulang; merangkumi 80 peratus jisim tulang rangka.Ia lebih teguh, tidak mudah dilentur atau dikilas.Manakala tulang trabekular pula terletak di bahagian dalam tulang, berongga seperti span yang ada hubung kait dengan darah kerana di sini wujudnya sumsum tulang bagi menghasilkan sel darah.Tulang trabekular mewakili 20 peratus jisim tulang, kurang tumpat, lebih elastik dan mempunyai kadar penggantian tinggi berbanding tulang kortikal.Pakar Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata komposisi tulang membabitkan 10 peratus protein, 65 peratus garam mineral seperti kalsium dan fosforus, 25 peratus air serta sedikit magnesium, sodium dan bikarbonat.Tulang menyimpan 99 peratus kalsium dalam badan kita dan satu peratus lagi dalam aliran darah. Sebagaimana organ badan lain, tulang adalah tisu yang hidup. Ia menjalani proses kemusnahan dan pembinaan semula setiap hari. Justeru, kesihatan tulang perlu dijaga sepanjang hayat.Tulang yang sihat dan kuat bergantung kepada strukturnya. Ketumpatan mineral tulang (BMD) merujuk kepada ketumpatan tulang yang diukur berdasarkan jumlah tisu berkalsium yang juga digunakan untuk menentukan kekuatan tulang.BMD memerlukan masa panjang untuk dibina. Pembentukan BMD berlaku sejak zaman kanak-kanak dan berterusan hingga awal dewasa (antara 25 hingga 35 tahun) iaitu apabila seseorang mencapai kemuncak akhir kematangan tulang (dipanggil Puncak Jisim Tulang).Lebih tinggi puncak jisim tulang, bermakna ia mampu bertahan lebih lama sehingga tua.
Proses pemendakan mineral tulang bagi kebanyakan orang (lebih 90 peratus) biasanya berlaku pada akhir remaja. Selepas ini, lelaki dan wanita mula mengalami kehilangan tulang pada kadar 0.3 hingga 0.5 peratus setahun mengikut pertambahan usia.Kadar kehilangan tulang paling cepat berlaku, iaitu antara tiga hingga lima peratus, dalam masa lima hingga tujuh tahun pertama selepas menopaus. Ketika ini, jika tiada langkah kawalan diambil, seseorang itu lebih terdedah kepada risiko osteoporosis. Antara langkah kawalan paling mudah ialah mengambil cukup bekalan kalsium sama ada melalui susu atau pil,katanya pada majlis pelancaran susu Anlene PHYTO K Regenerative Formula, baru-baru ini.Dr Chin berkata, masalah tulang kurang padat berlaku apabila seseorang mengalami kekurangan tisu berkalsium dan protein, menyebabkan ia lemah serta mudah retak.Kesan kekurangan ini jarang dilihat pada golongan muda, tetapi sangat ketara di kalangan warga tua, terutama wanita yang kerap mengalami keretakan tulang pinggul serta osteoporosis.Wanita berusia melebihi 80 tahun mempunyai risiko 30 peratus (atau satu dalam tiga wanita) untuk mengalami keretakan tulang berbanding satu kes bagi lima lelaki pada usia sama.Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2050, dianggarkan 50 peratus atau sekurang-kurangnya 60,000 kes keretakan tulang pinggul di dunia membabitkan penduduk Asia.Ini menyebabkan ramai warga tua, terutama yang menjangkau umur 50 tahun, tidak dapat menjalankan aktiviti kegemaran. Malah, kebimbangan keretakan tulang ini secara tidak langsung menghalang mereka melakukan senaman, walaupun bersenam antara sebahagian cara untuk menguatkan tulang.
Tuesday, March 2, 2010
Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang buat semua...
Sekadar menyampaikan...(Dibawa keluar dari mail box )....... Pesanan terbaik dari seorang rakan....
Assalamualaikum, Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...
Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.. Iqra'.....!
Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind... Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".
Thursday, February 25, 2010
i-city...@ lights of wonderland
To fulfill my promise, I and zatie went to i-city last night coz every weekend I’m not in s.alam. (our housemate can’t join us- having test and so on). It was so amazing when I saw a sea of beautiful lights shining from a small hill, skyscrapers every where... It was a very pretty sight! I-City’s Lights Winter Wonderland for me..(selama nie duk ngintai kat tingkat umah je..skali datang salji pun ada)…Now, in front of you ainna..jeng3x. In short, I-City is the latest MSC Malaysia Cybercentre Zone Shah Alam, Selangor @ Cyberjaya.
Together with me is my cute digital camera..(camera nie dh pernah jatuh..so gambar xberapa nk sharp..but ok la…leh challenge DSLR) and my luvely lady…Nurul Ezatie Baderi. So xyah nk cite banyak…enjoy all the pictures k….(^_~)
Nurul Ezatie Baderi
my nightmare pun ada kat sini...
Merenung mase depan nmpk nye swan nie....
beautiful swan lake..or garden
Light wonderland...(^__^)
Comel kan.....
beautiful sight!
- A cyberport-which will act as an IT backbone for I-City
- A one-million sq ft lifestyle commercial town centre
- A residential community
- An office park and
- A shop-office district.
Kengkawan mai la datang sini...i'm not sure how long the display will be there...nak datang roger2 ye...nie ada link tuk map ke i-city nie.... some other pictures ada kat dlm fb ainna..(*__*)
http://i-city.my/malaysia/location/index.html
Friday, February 19, 2010
Pemindahan Part 3 (~_~)
Assalamualaikum dan salam sejahtera...salam kasih sayang buat semua. Pagi td ainna di datangi oleh seorang kawan...bertanyakan "ainna bile nk update blog"..lantas itu i'Allah ainna akan cube sambung cerita pemindahan yang ainna tinggalkan dr minggu lps...(hehehhe...arini xde keje sngt)
Rindu bertaut dengan sinaran mentari yang indah
Penghulu segala hari yang menjanjikan seribu makna
Harum bau umpama mawar merah mekar
Namun hanya takdir yang bisa merungkai
Adam redha dengan ketentuan dan takdir yang Allah tentukan. Hawa bukan yang terbaik buat nye..Adam sedar, kasih sayang Allah yang perlu di kejar. Kasih manusia akan datang seandainya Allah yang utama. Telefon bimbit adam berbunyi..ada pesanan ringkas dari sepupu nya..
"Assalam Adam...jemput ikut sekali ke majlis pertunangan aku ahad nie..heheheh..manela tau kot2 ko bertemu jodoh di majlis tue nanti ke...ikut ye...aku tunggu ko kat umah k"
Akhir nya..Ahmad Aiman kini adalah tunang kepada Siti Hawa. Tanpa Hawa sedari, Adam hadir di majlis pertunangan nya. Hati ayah Hawa tertanya2, seperti pernah kenal budak nie sambil merenung wajah Adam..sewaktu menyambut kedatangan rombongan.
"Assalamualaikum pak cik"
"Waalaikumussalam...maaf ye nak, muka kamu macam pak cik pernah jumpe"
Adam xmenyangka..ayah hawa masih mengingati diri nye
"Ye pak cik..nama saya Adam, kawan sekelas Hawa mase di U dulu dan sepupu kepada Ahmad Aiman..bakal menantu pak cik"
"oh ye..kamu yang pernah berborak ngan pak cik mase selesai solat zohor di masjid U kamu dulukan? erm..mase tue after majlis konvo korang.."
"erm..xsangka pak cik masih ingat"
"alhamdulillah...jemput2 nak masuk.."
"Eh..kau kenal dengan bakal bapa mertua ku Adam?" Tanya Aiman..musykil seketika.
"Mane nye xkenal...anak nye satu U dengan aku dulu..mase ambil degree" jelas Adam
"oh..yeke? wa..ko dh kenal dulu dengan abi Hawa sebelum aku nie dam..." (^_^)
"kami pernah berkongsi cerita sewaktu pertama kali bertemu di majlis konvo dulu"
"wa..jeles aku.."
Adam melangkah masuk...hanya Allah saja yang tahu akan perasaan hati nya ketika itu. Hawa juga dapat merasakan sesuatu tetapi dia cuba denied kan apa yang di rasa.
Pada malam hari, di kamar peraduan abi dan ibu Hawa...
"Yang, awak kenal x budak lelaki yang duduk sebelah Aiman mase makan td?"
"erm..yang pakai baju kemeja biru td ke bang?"
"a'a...awak tau..dialah budak yang pernah abg cite kan kat awak dulu"
"oh..dia la budak nye, yang satu U dengan Hawa tue..."
"xsangka saya, dia ada di majlis pertunangan Hawa..." termanggu abi Hawa seketika.
"Bang... Hawa dh buat keputusan, lagi pun Aiman nie kite yang pilih kan utk nye"
"ye..betul kata awak tue...Aiman juga baik orang nye..perwatakan mereka patutla serupa.. sepupu rupa nye si Adam dgn Aiman tue.."
"ooo..sepupu, saya ingat kn kawan si Aiman"
Dalam pada itu..Hawa sedang membelik2 photo yg di ambil di sekitar majlis nya siang td...alangkah terkejut nya hawa apabila gambar yang tertera di screen computer nye adalah gambar seseorang yang pernah di kenali nye suatu ketika dahulu.."ADAM" apakah hubungan diantara mereka..
Pada keesokan hari nya..seperti biasa..Hawa akan menolong ibu nye menyediakan sarapan pagi. Juadah sarapan pagi mereka pada hari ini lebih istimewa dari biasa, bagi meraikan tetamu, iaitu ahli keluarga yang bermalam di rumah mereka setelah bersusah payah meraikan majlis dan memeriah kan majlis pertunangan Hawa semalam adalah menjadi satu kewajipan.
"Hawa...tau x siapa datang semalam?"
"eik pelik je soalan ibu nie...dh tentula rombongan ahli keluarga Aiman" jauh di sudut hati Hawa, dia sebenar nya faham akan maksud ibu nye itu...
"Adam...dtg semalam, rupe2 nye kawan Hawa tue sepupu pada Aiman" terungkaila sudah segala pertanyaan yang bersarang di ruang fikiran hawa.
"oh, yeke bu" bersahaja Hawa meneruskan perbualan dengan ibu nye.
"Bu..hawa yakin, Hawa bukan lah yang terbaik utk Adam bu..., Hawa telah pun memilih Aiman sebagai pemimpin yang akan memimpin Hawa, penghulu kepada keluarga dan teman perjuangan Hawa yang akan membawa Hawa untuk beroleh rahman dan rahim Allah bu"
Ibu Hawa amat memahami nye,setiap detik,saat,minit dan waktu dia mendoakan kebahagian anak nye. Siti Hawa adalah permata hidup nya.
Aiman amat bersyukur kerana Allah temukan diri nya degan Hawa dan berjanji akan membahagiakan Hawa, pemaisuri hidup yang bersinar.. selagi hayat nya. Dalam masa tiga bulan ini, Aiman meggunakan peluang yang ada untuk mengenali ahli keluarga Hawa, begitu juga dengan Hawa.
Dari pemilihan hantaran sehinggala ke kad jemputan walimah, mereka menggunaka khidmat juru runding yang sngt arif, siapa lagi klau bukan ibu dan ayah kedua2 belah pihak. Ibu, abi, abah dan ummi sangat gembira...segala persiapan di lakukan dengan teliti supaya majlis itu nanti berjalan dengan lancar. Majlis penikahan akan berlangsung di Masjid As-Syakirin..masjid yang terletak hanya 2km dari kawasan perumahan Hawa, manakala majlis kenduri nya di adakan di perkarangan rumah....dijangka 7 buah khemah akan di pasang pada hari tersebut. Hawa memilih untuk menggunakan khidmat catering seperti yg selalu di lakukan oleh orang2 zaman sekarang, tetapi ibu dan abi nye memilih utk bergotong-royong ramai2 sesama ahli keluarga dan jiran2 tetangga kerana bagi mereka dengan cara yang sedemikian dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.
Siti Hawa sangat bersyukur kerana memiliki kedua ibu bapa yang amat memahami nya...dari kecil hingga dewasa Hawa di tatang bagai minyak yang penuh. Dan Hawa panjatkan kesyukuran itu pada yang Esa..mohon di beri kesihatan yang sempurna buat kedua ibu dan abi nya.. kasih sayang seorang ibu dan ayah tiada batasan utk anak nya, segala jasa dan kasih mereka xdapat kita balas...
Sutera kasih yang membelai..membaluti kesan luka mu
Sutera kasih yang melambai..mengisi kekosongan itu
Sutera kasih yang terukir..memenuhi kehidupan mu
Sutera kasih yang terbentang..menyinari doa dan air mata itu
Majlis penikahan Hawa dan Aiman akan berlangsung 2 minggu lagi..banyak kiriman email dari kengkawan menerusi yahoo email box, friendster dan juga facebook mengucapkan tahniah buat kedua-dua nya...di antara email tersebut tertera satu quote dari sahabat karib Hawa di bumi syam..Lembah sungai Nil.
“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin“ Maaf ana xdapat datang ke walimah anti..ana dan akhi sedang berjuang di medan peperikasaan. Walau pun ringkas tp penuh dengan makna,bagi Hawa doa dari rakan2 yang di harapkan agar kasih nya pada ciptaan tuhan ini akan kekal abadi. Kasih sayang dan bimbingan dr rakan2 di perlukan utk menguatkan semangat nye.
Sementara itu.. Aiman menolong Adam memunggah dan menyusun barang2 yang di bawa pindah ke rumah baru. "uish...dh penat ke? banyak lagi nie Adam..." "ooii...aku tau la hang mane nk ada penat nye..happy je memanjang..angkat barang pun sengeh sorang2,napela ko xpindah dgn umah2 tue skali" "eh..yeke? perasan ko eh?" "la..dh ko depan mate aku..kite berdua je kat cn, maila rehat jap" kata Adam kepada Aiman..mereka berdua memang rapat sejak kecil lg. "erm..dua minggu lagi aku akan bergelar suami orang, ko bile lagi nie?.. eh ko dh ada yang berkenan di hati ke belum??" "ceh..kesitu pula ko (T_T)...aku...dulu adala... sekarang dh kene reject" "uish..yeke? ko xpernah bgtau aku pun...siapala yg mereject ko tue dam..muka hensem cam nie..baik pula tue..lengkap segala pakej ada" "Aku bukan yang terbaik buat dia la" "Bagus nye ko nie....i'Allah pasti ada hikmah di sebalik apa yang belaku, aku doakan ko juga akan mendirikan rumahtangga mahligai bahagia ko xlama lagi" Adam tersenyum sambil dalam hati nye berkata..jangan la ko tanye siapakah perempuan itu....xsanggup aku. Tiba2 handphone Aiman berbunyi....pesanan ringkas di terima... "Adam...eh aku pinjam kete ko jap ye..adahal kecemasan nie.." "wei...man, bawa kete baik2 tau..." Aiman berlalu pergi.. Tinggal Adam keseorangan mengemas baki2 barang yang ada.... *Bersambung lagi.................
Friday, February 12, 2010
Kisah ku hari ini..(^__^)
tension nye hari ni..huhuhu...kenapala aku xapply cuti...pagi..seperti biasa la wat keje aku, plan memang nk siapkn b4 holiday segala keje yg ada di depan mata..tetibe pada pukul 10..bos aku minta tolong aku ambil kn gambar ic dia kat Jusco..alasan sbb aku ada kete..uish..xpela aku g ambil..tinggalkan keje aku skejap..nalik nanti aku smbg..tp...xkan nk g sorang, uish...aku msg iza kat SCM, nk ikut x iza, nk g JJ nie..bos akak minta tolong ambil gmbr dia..dia pun call kate ok sbb dia xde keje sngt arini...huhu...bukak dh ke JJ pagi2 nie..."berfikir" sampai2 ke JJ...lum bukak lg,kami tungu la kejap kat tepi tue..kul 10.30 pg baru photoshop tue buka..aku pun bg la kat cina tue resit..then aku tanye cd xde ke?dia jawap xde... uish mahal juga..RM15 utk 8 keping gmbr je...xpela..bukan duit aku pun duit bos..then aku n iza g JJ jap beli apa yg patut utk dimakan..."uish..sedapnye" tp, dek kerana nk beli pisang goreng mak cik van tue..terus xbeli apa2, ambil bau je..iza je yg beli..aku sbenarnye dh kempunan dh nie..week nie xdpt makan goreng pisang mak cik tue..pasal ada je hal nye..xpe2...minggu depan ada lg.
Then sampai opis smula jam 11.00, "sori miss td kedai tue lmbt bukak"heheh. then dia kate "thanks ainna, erm.. u tau x pasal doxycla?" "erm..tau la juga skit2 sbb awal2 dulu saya ada wat BMI pasal subject doxycla".. huhu, bos aku jawap "ok, nanti i nk explain kat u then u explain kat eana next week k.." "uish..dalam hati aku kate, aku nie trainee nk explain kat exec??? then aku angguk jela..." mase nk duduk kat desk, aku tengok kat screen comp nad ada bg aku note kat skype.. kate nye kete dia rosak, td pg kawan yg anta..then aku tanye so blk nanti camne??kawan ambil ke?? dia kate naik teksi mungkin dr pharma nie..huhu..xkan nk biarkan je kn, aku pun reply kate aku nk anta mat noor kat sek 2, nadiah nk x naik rapid??..nadiah xbiasa naik rapid,aku jawap rapid tue lalu federal highway..so xyah la nadiah susah2 nk naik cap. dia reply kate ok2, dia turun kat stesen comuter yg bus tue lalu 'Batu Tiga' (cerita nie aku pendek kn..ada la di antara nye aku msg tanye mat noor pasal laluan bus tue- bus rapid kl U80 dr sek 2 S.Alam ke Pasar Seni) then settle la bab tue.
Next, dpt msg dr mat tanye aku makan luar or makan dalam? "dalam hati aku jawap ainna makan hati..huhu...(hati, ainna xmakan langsung pun..)" pendek kn cite..rupe2 nye dia nk minta tolong anta dia g solat jumaat...erm..terlupa lak nk tanye mat (nape xg ngan kengkwn opis cam selalu?? nantila aku tanye..) kul 12.00, bos start explain kat ku sampai kul 1...at the same time mat mat nor call mase dh 12.45, aku tau aku janji td kul 12.45 aku nk kuar, xsangka lak panjang explaination bos aku nie...aku pun jawab "tunggu jap.."
Then part nie paling aku xtahan "Ainna kiteorg half day arinie, aku n iza.." uish "jadi ko xbalik opis blk la.." "kiteorg dh minta half day kat kak bakyah" huhuh "orang lain yg nk half day, org lain lak yg dapat" (memang ainna plan nk half day pun arinie, pasal xde org kat department aku nie..aku je yg rajin--> perasan, nasib tze lerk ada, dia yg cina pun xcuti eheheh) xpe2..korang nk blk ye..yela ainna anta. mase kat umah iza kate mat nk terus blk umah, so meaning aku kene anta dia kat sek 2 la lps nie??? aduhai, berpusing2 aku arini...redha je la..
Seterusnye, aku pendek kn je la cite nie... kul 3.30 bos aku suh tanye receptionist, courier dr Australia dh sampai ke blum... "dalam hati aku kate dh sampai dh, tp eana kate biar dulu wednesday dia br nk ambil" huhu apala salah nye biar je kat blok A dulu, xpela bos dh suruh, g jela ambil..dh tue bos aku suh bawa kete ke blok A sbb kate nye barang tue berat n besar..aku pun tanye receptionist "Dayah berat ke barang tue?? kalu ainna sorang bw boleh ke??" "berat la juga..baik suh lelaki yg dtg ambil" LELAKI??? bak kate bos aku pun kat blok B nie kekurangan lelaki berbanding blok A, klau barang tue berat u jangan angkat tau suh sesiapa lelaki yg ada kat situ yg angkat..yg sebenarnye berat atau x tu aku xkesah sngt, yg aku kesah dia suh bawa kete ke blok A tue..dh tentu aku kene tawaf satu pharma nie..huhuhu...xpasal2 je..aku pun g la ke marketing...(kat blok B bhg depan) tanye ada sesiapa x yg free jom tolong ainna angkat barang..then ada la 2 org kawan ku yg baik hati nie nk tolong..nk cr lelaki jgn harapla..tengok pun masing2 bz je..kwn2 yg nk tolong nie pun kate.."k la jom..leh segar2 kn mate skit, dpt gak naik kete ainna akhir nye" "huhu..aku duk bw korang round2 pharma ptg nie" smp je kat depan blok A tue, dayah kate..eik..siap bw kete lg..."yela kate nye berat, nie siap bw 2 org lg bodyguard"..las2 terkejut aku, xdela besar mane pun...aku leh bw sorang..dh tue xdela berat mane pun...uish..membazir btl la...xpela la kite makan2 angin je ptg nie..b4 blk tue aku g ambil parcel kat pigeon hole..tengok ada 2 parcel tuk exec n manager PD..k la ambil n aku akan pas kn nanti...fine dh...jeng3x terkejut bos aku tengok xdela besar mane pun...huhu
Dah la aku nk blk, nadiah dh tunggu nk anta dia ke padang jawa..hujan lak kat luar tue..Ya Allah Selamatkn Perjalanan ku...
Wsalam...
Thursday, February 11, 2010
Apa kene denganku hari ini....
Apa kene dengan ku hari nie..semua benda2 kesayanganku..rosak...
Semalam aku tidur tersangatla awal nye...kul 9 malam dh terlena di dalam bilik...dengan stokin xpakai..abis mak marah klau mak tau nie...xpe wat diam sudah. bagun pagi Ti tanye, semalam ainna tdo xpakai stokin ek??a'a terlupe ti, bile ainna terjaga br ainna pakai.Erm..nape Ti xtolong pakai kan???heheehh (",). Dh tue mase ngah bersiap2 pagi td, nk ambil brooch... tengok bekas brooch ku patah..sebab jam dinding jatuh terhempap bekas tue mungkin, then terbelah dua..amboi kuatnye jatuh jam tue...sedih nye...bekas tue hadiah dr sahabatku yg kini di USM..kenangan tue..ya Allah kenapa denganku arini.
Dah tue waktu lunch hour td bw kengkwn nie g makan kat JJ Bukit Raja...then mase parking..ntah divider tue tinggi kot, bumber depan kete ku tercalar skit di bahagian bawah...aduh mase kene tue terasa sakit nye...Ya Allah apa yang ku lakukan, adakah diriku lalai dengan tuntutan Mu ya Allah...Brtambah sedih lagi...Jam kesayangan yg ku beli dr Bumi Madinah tertanggal belian nye...mungkin dr hentakan yg terkene sewaktu ku mengorder makanan...jd ku pun pegila beli gam gajah kat popular..depan food court tu je..terlanjur nk belikan hadiah buat Puteri Zulaikha..sepupu ku..buzdaynye arini...weekend nie pak cik nk wat makan2, so nanti kirim kan kat mak sbb aku xdapat nk balik, sian adik tinggal sensorang kat umah xde teman lg pun aku nak g kenduri walimah kengkawan ku yg nikah weekend nie..aku bile lg ek????tunggu putera raja la...tp...anak raja mane yg nk kn kat aku nie...Raja kapoor???uish..xmungkin...xmaula..biarla org biasa je kan..lebih sesuai..sambung cite..dh tue bile sampai opis aku letak la gam gajah tu kat batu berlian yg tertanggal td...huhhu...silap aku n kecuaian dr sendr abis gold kat tepi jam tue rosak sbb terkene gam mase nk betul kan kedudukan belian tue..aduh sedih bertambah..xde semangat nk wat keje dh nie..."ainna cepat2 cari semangat kamu yg hilang, mohon Allah jauh kan segala bencana ke atas dr mu, mohon selamat kan perjalanan mu kemana saja kamu pergi" kini jam tu ada kat depan mata..xsanggup nk pakai..kesian sekiranya diri nya ku calari lagi...maafkan ainna jam..kete n brooch box.."Ampunkan dosaku Ya Allah"
Xjadi nak update...kesinambungan cite pemindahan...nantila ye bile dh rajin..skang nie ngah terlebih rajin...(^_^)